Monday 6 January 2020

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIH FOREVER LIVING PRODUCTS. CARA MUDAH UNTUK TAMBAHKAN PENDAPATAN




Assalamualaikum dan salam sayang buat pembaca semua.

Kali ini saya  nak share macam mane saya boleh terjebak dengan Forever Living ni. Mula-mula tak sangka jugak Saya akan pergi sejauh ini. Apatah lagi Forever ni pon MLM kan. Rasa macam dah malas nak involve dengan MLM ni.

Tapi bila diselidik, ada sesuatu yang istimewa dengan Forever Living. Dan nyata ia memang berbeza. Kenapa Saya jatuh cinta dengan Forever Living Products? Ringkasnya kami selalu sebut FLP jer. Kalau nak tahu kena la baca sampai habis ya!!

Di sini Saya nak bongkarkan rahsia kenapa anda perlu memilih FLP sebagai pembuka jalan untuk keluar dari zon selesa sekarang ni. Ada 5 SEBAB utama betapa bestnye join FLP ni.

1 - MENANAM DI LADANG DAN MEMPROSES DI KILANG SENDIRI

Antara produk asas FLP adalah Aloe vera, Delima, Minyak Zaitun dan madu lebah. Dan tanpa kita sedar, produk asas berikut adalah MAKANAN SUNNAH. Inilah yang menariknya produk FLP ni.

FLP yang menanam aloe vera di ladangnya sendiri seterusnya memproses aloe vera tersebut di kilang sendiri. Selain itu, madu lebah yang dihasilkan jugak adalah dari lebah yang diternak sendiri. Dan FLP jugak mempunyai ladang lebah sendiri yang terletak di Gurun Sonoran.Keluasan ladang lebih kurang 2 kali peta SINGAPURA!!! besarnyaaaaaa!!!!

2. SEBUAH SYARIKAT YANG KUKUH
Syarikat FLP telah ditubuhkan sejak tahun 1978 lagi dan sehingga kini produk FLP telah dipasarkan di hampir 160 buah negara di dunia. Kalau produknya tak bagus, mana mungkin boleh bertahan selama itu dan dipasarkan di banyak negara, betul tak?

Di Malaysia, FLP mungkin tidak popular di kalangan orang Melayu, tetapi produk ini telah lama menggunakan produk ini malah mereka yakin dengan kualiti dan kelebihan produk FLP. Malah mereka juga mempromosikan produk FLP sebagai makanan sunnah.

Kalau bangsa lain boleh memartabatkan makanan sunnah, kenapa tidak kita. Inilah masanya untuk kita jana pendapatan dan ubah ekonomi keluarga. Kita harus bertindak sekarang jika ingin berubah. Tidak dinafikan sekarang ini pelbagai produk dari pelbagai syarikat yang memberi peluang menjana pendapatan, tapi sangat penting jika kita memilih syarikat yang sudah bertapak lama dan mempunyai produk yang benar2 berkualiti.

3. TIDAK MEMPUNYAI STOKIS ORANG PERSEORANGAN

Macam mane tu ya? FLP tidak melantik stokis dari orang perseorangan. Sebaliknya FLP menubuhkan SALES CENTRE di setiap bandar besar di seluruh Malaysia malah di negara-negara luar seperti Dubai. FLP juga melantik pengedar-pengedar yang sah berdaftar dengan gelaran FOREVER BUSINESS OWNER (FBO).

Untuk mendapatkan produk forever, anda boleh memilih untuk menghubungi mana-mana FBO untuk urusan jual beli atau boleh ke mana-mana centre berdekatan dan beli produk FLP. Tetapi, untuk mendapatkan produk FLP di centre, anda perlu mendaftar sebagai FBO terlebih dahulu. Untuk mendaftar sebagai FBO, anda boleh masukkan nama saya di ruangan sponsorship ID. Dan jangan lupa hubungi Saya jika anda sudah mendaftar untuk Saya consult anda ya!!

4. MENGAMALKAN KONSEP TRADING DAN NETWORKING
Inilah yang perbezaan FLP dengan yang lain. Kita boleh memilih untuk buat trading sahaja atau networking untuk meluaskan pasaran dan menjana pendapatan sampingan. Macam mana pulak tu?

# KONSEP TRADING - Kita mendaftar sebagai ahli biasa dengan yuran pendaftaran sebanyak RM90.00 SAHAJA untuk seumur hidup. Semasa pendaftaran ini, anda akan dapat starter kit bag yang comel dan 1 botol aloe vera gel bernilai RM99. 00 dengan PERCUMA!!! Macam gambar kat bawah ni la.

Bukan itu sahaja, anda akan dapat menikmati setiap produk FLP dengan harga diskaun sebanyak 15%. Banyak tu !!! Boleh dapat diskaun untuk kegunaan sendiri. Kalau nak jual pon boleh sebab kita tetap akan dapat untung runcit sebanyak 15%. Ye la, kita mestilah jual dengan harga runcit, betul tak? Memang sesuai sangat dengan surirumah sepenuh masa. Sambil dok melayan karenah anak-anak dan buat kerja rumah, tapi masih boleh dapat duit poket. Buat secara part time jer pon. Seronok kan!!!

# KONSEP NETWORKING - Jika kita ada impian untuk meluaskan pasaran dan empayar bisnes FLP, yang paling utama kita perlu upgrade keahlian kita dari ahli biasa ke AHLI VIP. Untuk jadi ahli VIP tak susah sangat, kita perlu ada 2CC (Case Credit) yang bersamaan dengan total pembelian sebanyak RM1300.00 sahaja yang boleh dikumpul untuk 2 bulan.

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa masih ada CC tu? CC tu hanya untuk kita move rank atau naik pangkat sahaja. Tapi sangat berbaloi sebab kita boleh kumpul selama 2 bulan. Atau seandainya pembelian kali pertama kita sudah bernilai RM1300, secara automatik kita sudah jadi AHLI VIP.

Dah nama pon AHLI VIP, sudah tentu lebih BANYAK KELEBIHAN yang kita dapat. Antaranya kita boleh dapat:-
Diskaun sebanyak 35% - 30% semasa pembelian dan baki 5% akan dikreditkan ke dalam akaun kita.
Bonus bulanan yang dikreditkan terus ke dalam akaun setiap 14haribulan.
Boleh taja ahli baru sama ada ahli biasa dan ahli VIP untuk meluaskan rangkaian bisnes.
5. BONUS BULANAN FLP DIKIRA BERDASARKAN HARGA RUNCIT.

Inilah salah satu sebab utama kenapa Saya mula jatuh cinta dengan FLP. Bonus bulanan yang dikira atas NILAI RINGGIT DARI HARGA JUALAN kita. Maksudnya, bukan dari nilai harga ahli tetapi dari NILAI HARGA RUNCIT. Tiada nilai BV/UV/PV/Mata dalam FLP.

Sebagai contoh:-
Katakanlah nilai jualan anda untuk November 2015 adalah RM5000 dan anda layak bonus 5%. Bonus anda ialah

RM5000 x 5% = RM250.00

Ini Saya kira kalau jualan kita hanya RM5000, kalau lebih, maka lebih la yang kita dapat. Malah bila kita dah jadi AHLI VIP, kalau kita cuma beli sebotol aloe vera gel pon kita dah dapat bonus. Sapa nak bagi kan.

Tetapi, jika bonus dikira berdasarkan nilai PV, nilainya sangat berbeza. Contohnya dengan sale anda RM5000 dan katalah nilai PV anda adalah 500PV dan kelayakan bonus 5%, hemmm.... anda kira sendirilah berapa jer yang anda dapat kan!! Dan kalau kita beli sebotol aloe vera, belum tentu kita akan dapat bonus kalau sistem bonus dikira berdasarkan nilai mata atau PV ni.

6. MARKETING PLAN YANG MUDAH DAN ADIL.

Seperti yang Saya ceritakan tadi, dalam FLP takde sistem UV/PV/NM/Mata. Dan yang paling penting dalam FLP tiada sistem pairing.

Yang paling best, bila kita dah move to new rank atau naik pangkat dari ahli biasa ke ahli VIP atau ke rank seterusnya seperti Supervisor atau Assistant Manager, kita akan kekal di rank kita sampai bila-bila. Tidak perlu risau kita akan turun pangkat ke apa.

Untuk move ke new rank kita perlu kumpul CC (seperti yang Saya cerita kat atas tadi). CC ni boleh dikumpul untuk 2 bulan. Mesti anda tertanya-tanya, dah kata takde UV/PV/nilai mata tapi kenapa ada CC. Mudah saja, CC ini hanya penentu untuk kita move rank dan penentu nilai peratus bonus yang kita dapat. Jadi, bila dah move rank, tentulah nilai % bonus yang kita dapat pon lebih tinggi.

ADILKAN!!!

Sesetengah MLM, kita perlu ada seorang leader di bawah kita untuk kita move ke new rank. Dan kita perlu pastikan leader kita effective untuk kita kekal di rank kita. Kalau tidak, alamak kita akan jadi ahli biasas semula. Dan % peratus bonus pon akan berkurang.

Kalau nak cerita pasal marketing plan ni memang panjang. Yang pasti ia memang BERBEZA dengan syarikat MLM yang lain.

Untuk rasa kelebihan jadi ahli forever ni, kenalah sign up SEKARANG!!!!

Boleh hubungi Saya untuk info lanjut di 019-9581903
Pengedar sah FLP
CBM Nora
sponsorship ID :600000371756

Thursday 4 August 2016

BERJAYA FOREVER LIVING

Tahniah kerana anda sudahpun memulakan langkah pertama anda untuk menempa kejayaan dengan melawat laman ini. Sebelum kita pergi lebih jauh, harapnya anda sudahpun menonoton video di atas. Jika belum, sila berhenti membaca sekarang dan tonton dahulu video di atas. (Ok.. sudah tonton ke belum?)

     Benar, ini peluang perniagaan berdasarkan 'Multilevel Marketing' atau MLM. Tetapi ini BUKAN skim cepat kaya. Anda takkan dipaksa buat pelaburan besar. Modal permulaan adalah rendah. Produk nyata, harga berpatutan dan sangat bagus untuk semua orang. Sebenarnya, bukan saja anda membina sumber kewangan tetapi juga membantu orang lain memperbaiki taraf kesihatan mereka dengan memperkenalkan mereka kepada "Forever Aloe Vera Gel". 
     Ada lebih 100 produk Forever Living sebenarnya. Anda tak perlu tahu semua. Kami akan cuba tolong anda tumpukan kepada beberapa produk utama sahaja sebagai kerana cara ini lebih berkesan. Produk-produk utama ini sangat diperlukan oleh kebanyakan kita dan orang-orang di sekeliling kita.

     Kami akan berkongsi dengan lebin lanjut akan perkara ini jika anda benar-benar berminat memulakan perniagaan anda dan menyertai kami dengan melengkapkan borang yang disediakan nanti. Kami tak mahu buang masa anda dan saya dengan penjelasan startegi produk di sini jika anda tidak berminat.  Kami mahu orang benar-benar ingin berjaya. Cara yang diberikan adalah cara yang mampu dilakukan oleh kebanyakan orang biasa. Sekurang-kurangnya anda dalah orang yang berani mencuba untuk berjaya. Risiko modal minimum (cuma RM105.00, anda dapat kit permulaan, sebotol Aloe Vera Gel bernilai RM90 dan semua ini termasuk kos penghantaran). Seperti yang disebut daripada awal - kami tak paksa.

     Seacara jujur, selepas ini kami akan menerangkan pelan pemasaran yang sungguh menarik bagi mereka yang sudah lama faham dengan MLM tetapi mungkin sedikit mengelirukan kepada mereka yang tak pernah ambil tahu berkenaan MLM.  Tidak mengapa jika anda tidak dapat kesemuanya dengan sekaligus kerana jika anda benar-benar berminat, kami akan aturkan penerangan dan latihan dari masa ke semasa.
Macam mana nak jadi ahli? Apa faedahnya?
    Daftar diri anda sebagai ahli dengan bayaran RM105.00*. Anda akan diberikan satu kit permulaan dan sebotol Aloe Vera Gel (bernilai RM90.00*). Keahlian adalah seumur hidup dan tak perlu diperbaharui. Selepas mendaftar, anda adalah Pengedar Baru atau lebih senang dipanggil New Distributor (juga dipanggil Business Owner). New Distributor akan dapat pengurangan harga 15% daripada harga runcit setiap produk keluaran Forever Living. Contoh, Forever Aloe Vera Gel dijual kepada orang ramai dengan harga runcit RM90.00 (tidak termasuk GST). Anda sebagai pengedar, beli dengan harga 15% lebih murah iaitu RM76.50 (tidak termasuk GST). Anda jual semula dengan harga yang runcit yang dicadangkan iaitu RM90.00 (tidak termasuk GST) dan ambil keuntungan RM13.50. Ini mudah nak faham, betul tak?

     Biasalah, kita mesti nak untung lebih, betul tak? Boleh saja anda dapat untung sampai 30%. Cuba faham perkara ini dulu. Sistem bonus dalam jualan Forever Living Product (FLP) ini tak guna PB atau BV atau apa-apa nama point macam yang lain. Dah tentulah ada nama lain iaitu Case Credit atau CC.  Kenapa CC? Sebab Produk Forever Living dijual merata dunia jadi kita guna CC untuk seragamkan perkiraan bonus. Urusniaga dibuat ikut mata wang negara masing-masing.  Jadi, kira peratusan bonus, guna CC - baru seragam. Untuk Malaysia, jualan 1 CC bersamaan jualan RM720 pada harga rucit. Contohnya, jual 8 botol Forever Aloe Vera Gel pada harga runcit (sebotol RM90*), jumlahnya RM720* - dah boleh kira 1CC. Kalau anda jual Arctic Sea 7 botol (RM112*x7=RM784*) pun dah dapat lebih 1CC (Mudah.. boleh faham setakat ini, kan?)

     Menariknya jika anda berjaya dapatkan 2CC dalam tempoh gabungan 2 bulan berturut, anda akan naik pangkat ke Pengedar VIP atau lebih senang dipanggil AS (Assistant Supervisor lah tu... hehehe). Contohnya, bulan ni anda dapat jual 8 botol Aloe Vera Gel saja (1CC) dan bulan depan dapat jual 7 botol Arctic Sea saja (1CC) lagi. Campur 2 bulan berturut tu, anda ada 2 CC.. yeahhh naik jadi AS. Pangkat dalam Forever Living tak kan boleh diturunkan jadi paling tidak, anda sudah kekal sebagai AS sampai bila-bila. Cara paling popular untuk kejar 2CC ialah menjual set berikut (sebotol Aloe Vera Gel, sebotol Arctic-Sea dan sebotol Pomesteen Power) kepada 5 orang dalam sebulan - dah lengkap 2CC anda.

    Sibuk benar nak kejar AS, kenapa? Mestilah... kata nak buat duit kan? Sebabnya, bila jadi AS, anda bukan lagi dapat pengurangan harga 15% tetapi dah jadi 30% - sampai bila-bila! Contohnya, bila dah jadi AS, anda beli Aloe Vera Gel dengan harga runcit (RM90*) tolak 30% (RM27). Bila anda jual semula pada orang lain pada harga runcit RM90*, anda dah untung RM27 sebotol! Tinggi keuntungannya tu, betul tak? Kalau dapat jual 5 botol saja sebulan pun, untung runcit saja dah jadi RM27x5=RM135. Eh, dah boleh buat bayar bil. Senang je nak jual kat 5 orang biasanya. Kawan-kawan je dah lebih 5 orang, betul tak?

     Ada lagi faedah AS ni. Selepas jadi Pengedar VIP atau AS, anda sudah boleh menaja orang lain jadi Pengedar Baru. Daripada setiap pembelian yang dibuat oleh Pengedar Baru, anda akan dapat bonus 15%. Contohnya, anda baru taja seorang saja pengedar baru dan dia baru beli sebotol saja Aloe Vera Gel. Bonus anda atas pembelian dia tadi adalah 15% (bersamaan RM13.50). Kalau anda ada 4 orang pengedar baru dan masing-masing baru beli sebotol je, anda dah ada bonus keuntungan RM13.50 x 4 = RM54.00 (itu baru beli sebotol seorang... hehehe). Tiba-tiba seorang daripadanya begitu rajin buat promosi, terus dapat jual banyak sampai dia pun cecah 2CC dan jadi AS juga macam anda. Anda tak dapat dah 15% atas pembelian dia seba dia pun AS juga. Tapi anda jangan sedih dan risau sebab ada perkiraan bonus lain pula untuk anda. Jadi, anda seharusnya menggalakkan downline anda buat jualan dan kejar 2CC cepat sebab bila mereka berjaya, anda juga berjaya bersama mereka.

* Semua produk FLP dikenakan GST mulai 1 April 2015 dan pelanggan perlu bayar GST 6%.

TESTIMONI:-
     Sebenarnya saya baru saja habis makan sebotol Forever Aloe Vera Gel, sebotol Arctic-Sea dan sebotol Pomesteen (dalam 1 bulan). Saya dapat rasai keberkesanannya ke atas diri saya. Jadi saya rasa, saya patut daftar jadi ahli untuk dapat harga rendah 15% selama-lamanya. Tapi bila mula faham kalau saya ada 2CC, saya akan naik jadi AS dan dapat harga rendah 30% untuk selama-lamanya, saya nak kejar 2CC tu untuk penjimatan yang lebih tinggi (30% harga kurang untuk seumur hidup - itu sangat bagus). Saya terus beli 5 botol Forever Aloe Vera Gel, 5 botol Arctic Sea dan 5 botol Pomesteen (kalau harga retail jadi RM1460, tapi saya ahli jadi dapat kurang harga 15%). 
     Saya terus dapat jadi AS dan syarikat bagi saya percuma lagi sebotol Forever Aloe Vera Gel. Sekarang saya sudah ada stok untuk 5 bulan akan datang untuk keperluan saya sendiri dan lepas ni saya akan dapat beli pula dengan harga kurang 30% - itu sangkaan saya. Rupanya saya tersilap! Bila saya ceritakan akan kehebatan Forever Aloe Gel, Arctic-Sea dan Pomesteen kepada kawan-kawan, mereka terus nak beli juga. Saya jual pada harga runcit seperti yang dicadangkan dalam katalog. Semuanya habis! Tak sangka rupanya ramai orang keliling saya yang begitu perlu untuk menjaga kesihatan mereka. Selepas ni, bukan saja saya dapat beli produk Forever Living dengan penjimatan 30%, saya juga akan untung 30% bila kawan-kawan saya beli lagi pada bulan depan. Ia lebih mudah daripada yang disangka.

     Sebenarnya, ini baru permulaan, ada banyak lagi bonus dalam Forever Living ni... jom, kita sambung lagi...https://www.youtube.com/watch?v=Jy0mljDGkTc

EGO PENGHALANG KEJAYAAN

EGO PENGHALANG KEJAYAAN

Bicara santai pepagi ni. Apa sebenarnya ego ni? Definisi ikut kefahaman saya ya... Kita rasa kita dah pandai jadi tak perlulah kita nak tanya orang akan sesuatu hal sebab perasan diri dah bagus sangat kan.



Emmm...bukan senang nak buang perasaan ni tapi kalau nak tahu perasaan egolah yang menghalang diri kita untuk lebih berjaya. Dah nampak orang lain berjaya tapi sebab ego kita, rela tak tanya apa petuanya?


Tak salah merendah diri untuk dapat lebih ilmu... Jom kita buang perasaan ego kita tu untuk lebih berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat...

Luv Sharing - NORA
Pengedar Bebas Forever Living 
019 9581903

Thursday 29 October 2015

Forever Pomesteen Power

Forever Pomesteen Power


FOREVER POMESTEEN POWER - HARGA RUNCIT RM90.00 (Code: 262)


Jus minuman terbaik yang pernah anda temui. Ia bagus untuk memberikan tenaga dan melawan penyakit. Ia juga membantu lelaki dan wanita yang mengalami masalah berkaitan dengan kekurangan hormon dan  meningkatkan tenaga dalaman. 
     Selain membantu penyembuhan pelbagai penyakit, jus ini menggalakkan pembinaan kolegen dan sekaligus mencantikkan kulit anda. Jika sihat, sembuh dan cantik adalah impian anda, semestinya Forever Pomesteen Power ini menjadi pilihan. Mari kita lihat antara khasiat dan kehebatan buah-buahan yang ada dalam Forever Pomesteen Power.

BUAH DELIMA:
Delima adalah buah yang sungguh istimewa kerana ia adalah antara makanan yang ada di dalam syurga (Rujuk Surah ar-Rahman:68). 

Antara khasiat buah delima adalah:-
a) Mempunyai unsur penting dalam pembentukan darah merah dan antioksidan.
b) Memelihara jantung dan saraf.
c) Meningkatkan kepekaan saraf
d) Menghilangkan keletihan otot
e) Menghalang pembentukan sel kanser
f) Mencantikkan kulit
g) Memberi tenaga
h) Memberi keseimbangan tekanan darah tinggi dan darah rendah
i) Mengurangkan berat badan
j) Memperelokkan rahim
k) Mencegah nyanyuk dan lain-lain lagi
          

BUAH MANGGIS: Memang tidak boleh dipertikaikan lagi hakikat bahawa antioksidan adalah sangat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kita. Hari ini banyak perbincangan di kalangan pakar pemakanan berkenaan buah yang mana mempunyai kadar antioksidan yang tinggi, atau yang mengandungi paling banyak Xanthones serta mempunyai mempunyai kedudukan yang tinggi nilai ORAC - Oxygen Radical Absorbance Capacity (Kapasiti Menyerap Radikal Oksigen). Jawapannya ialah buah manggis.

     Xanthones adalah fenol aktif tumbuhan yang terdapat dalam beberapa tumbuhan tropika terpilih.  Buah manggis adalah sumber terkaya semula jadi dengan Xanthone yang berfaedah. Mendapat gelaran "Ratu Buah-buahan", manggis kaya dengan antioksida. Antara khasiatnya ialah:-

     a) Melegakan kesan kesakitan pada otot-otot kecil dan sendi.
     b) Meningkan sistem imuniti badan dalam melawan pelbagai penyakit.
     c) Meningkatkan kesihatan usus.

     Nilai ORAC adalah petunjuk bagaimana antioksidan menghalang kerosakan radikal bebas. Nilai ORAC pada setiap buah-buahan adalah berbeza. Sesuatu yang pasti, Forever Pomesteen Power memang mencatat niai ORAC yang tinggi kerana hasil gabungan buah manggis dan delima yang kaya dengan pelbagai khasiat semulajadi. 
BIJI ANGGUR : 
Biji anggur sebenarnya kaya dengan mineral zink (Zn) dan mangan (mn) dan tinggi dengan antioksida. Antara khasiat biji anggur adalah :
a) Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
b) Bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu sistem tubuh manusia
c) Menurunkan kadar LDL kolestrol
d) Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
e) Menggalakkan peningkatan sistem imunisasi serta daya tahan serangan penyakit.
f) Menggalakkan pembentukan bahan kolagen untuk kulit dan awet muda.
g) Mencegah penyempitan pembuluh darah yang boleh menyebabkan stroke
h) Menghalang pembengkakan dan keradangan sistem prostat untuk lelaki
i) Membantu melancarkan perjalanan darah
j) Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous  
k) Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
l) Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu
m) Bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan.
n) Meninggikan libido (tenaga batin)

Selain itu, buah pear dan lain-lain beri yang terkandung di dalam Forever Pomesteen Power ini juga mempunyai pelbagai khasiat lagi menjadikan ia antara minuman terbaik untuk anda semua.
Satu botol Forever Pomesteen Power- 473ml (Kod Produk 262) dengan harga runcit adalah, RM90.00 sahaja.

Aloe Berry Nectar

Aloe Berry Nectar

ALOE BERRY NECTAR - HARGA RUNCIT RM90.00 (Code: 034)

Selain daripada gel aloe vera, Aloe Berry Nectar mengandungi perahan epal dan kranberi (cranberries). Khasiat gel aloe vera di dalam aloe berry nectar yang kaya dengan vitamin, mineral, enzim dan asid amino di dalamnya mampu membantu merawat penyakit, jangkitan kuman dan sistem penghadaman. Ia juga mencantikkan kulit dari dalam. Perahan epal dan seratnya pula membantu mengekalkan kesihatan dan menurunkan kadar kolestrol, menyeimbangkan tekanan darah, menghalang dan merawat kanser usus.

      Epal juga tinggi dengan vitamin C, B6 and K dan potasium, magnesium dan mangan. Fitonutrien dalam epal juga membantu pengaliran darah dan mengawal kandungan gula dalam darah kerana ketinggian kandungan falvonoid dalam epal melambatkan enzim yang menukarkan karbohidrat kompleks kepada gula. 

     Buah kranberi pula tinggi dengan Vitamin C, E, K, B5 dan B6. Buah kranberi juga mengandungi proantosianidin, sejenis antioksida yang membantu mengelakkan penyakit jantung dan kanser. Ia juga sangat bagus untuk membuang toksin daripada badan dan membantu menjaga kesihatan sistem kencing. Kajian terbaru juga mendapati bahawa kranberi menghalang pembentukan batu dalam buah pinggang, membantu pemulihan serangan strok dan menghalang kanser.


Khasiat:

1) Formula berpaten ini amat digemari oleh pelanggan-pelanggan lelaki & wanita 
2) Mengandungi Aloe Vera distabilkan 100% dan vitamin antipengoksida A & C yang boleh membantu membersihkan sistem gastrousus, menguatkan sistem imun, merangsang penyembuhan (pertumbuhan semula sel) dan mengurangkan keradangan. Ia juga bertindak sebagai bahantara yang amat baik untuk mengangkut nutrien yang terkandung dalam kranberi kepada sel-sel tubuh.
3) Flavonoid Proanthocyanidin yang boleh membantu menghalang bakteria berbahaya daripada melekat pada dinding saluran kencing, oleh itu menolong mengekalkan saluran kencing yang sihat dan menstabilkan hormon.
4) Tahap vitamin A dan C yang tinggi serta pycnogenol, antioksida yang berguna untuk melindungi kolagen. Kolagen memainkan peranan penting bagi mengekalkan keanjalan kulit.

Cara Pengambilan:

Dewasa: 60ml pagi sebelum makan
              60ml malam sebelum tidur
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah):  40ml pagi
                                                        40ml malam
Kanak-kanak 3-6 tahun: 30ml pagi
                                      30ml malam
Kanak-kanak 1 tahun ke atas : 30ml ambil sekali sehari 

Forever Bee Pollen

FOREVER BEE POLLEN - HARGA SEUNIT RM60.00 (Code: 026)

Debunga yang dikumpulkan dari tumbuh-tumbuhan yang terdapat digurun Sonoran, suatu kawasan yang ditumbuhi lebih daripada 1000 jenis tumbuhan herba. Debunga merupakan suatu sumber nutrien yang amat pekat. Ia mengandungi beberapa ratus sebatian berkhasiat termasuk 22 jenis asid amino, Vitamin B kompleks, 27 jenis mineral dan 18 jenis enzim. Sejenis makanan tambahan untuk semua peringkat umur.

Apakah yang menjadikan Forever Bee Pollen berbeza dari produk lain:
1) Dihasilkan dari gurun Sonoran di Arizona yang bebas dari pencemaran
2) 100% debunga lebah tulen dengan jeli raja dan madu
3) Sumber daripda ribuan jenis bunga dan tumbuh tumbuhan
4) Setiap tablet Forever Bee Pollen mengandungi 500mg Pollen
5) Produk semulajadi yang tiada mengandungi pengawet, perasa tiruan dan pewarna
6) Sedia dicerna dan mudah diserap oleh badan
7) Penggalak tenaga
8) Baik untuk kesihatan prostat
9) Membantu dalam pengurusan berat badan
10) Membantu melegakan tekanan
11) Makanan tambahan semulajadi yang paling lengkap
    Kandungan:
    Serbuk sari lebah (Bee Pollen) iaitu serbuk sari bunga + enzim pencernaan dari lebah, made murni dan Royal Jelly.

    Khasiat:
    Forever Bee Pollen memenuhi keperluan tubuh dari segi sumber tenaga dan nutrisi lengkap setiap hari.
    • Meningkatkan daya tahan tubuh dalam segala keadaan.
    • Membantu pertumbuhan anak dan perkembangan IQ mereka
    • Mempercepat proses penyembuhan dari berbagai bagai penyakit.
    • Meningkatkan stamina dan mensuplai enersi ekstra.
    • Membantu memelihara kesihatan kulit dan rambut.
    • Meningkatkan hemoglobin.
    • Meningkatkan daya tahan pada dinding pembuluh darah (Ianya mengandungi  Rutin).
    • Meningkatkan kesuburan dan kejantanan
    • Memperbaiki kekacauan sistim reproduksi wanita (sakit pada saat menstruasi).
    • Pada ibu hamil dan menyusui, forever bee pollen membantu menjaga kondisi kesihatan dan terbukti memperbanyak pengeluaran air susu
    Kandungan: 100 Biji kapsul sebotol

    Dos yang dicadangkan:
    Kanak-Kanak:  1 tablet sehari
    Dewasa: 1-2 tablet sehari dan dapat ditingkatkan sesuai dengan keperluan tubuh badan.


    Forever Absorbent-C

    FOREVER ABSORBENT-C - HARGA RUNCIT RM60.00 ( Code: 048)

    Forever Absorbent-C adalah satu formulasi yang menggabungkan vitamin C, bioflavonoid citrus dan betik, yang terikat matrik dengan bran oat. Ini memaksimumkan keberkesanan Vitamin C serta penyerapan dan penggunaannya oleh badan kita. Vitamin C adalah satu nutrien penting yang biasanya didapati daripada sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Satu tablet Forever Absorbent-C membekalkan 60mg vitamin C, yang bersamaan dengan elaun saranan pengambilan harian bagi orang dewasa.



    Merawat penyakit ekzema (Kulit merah & gatal)
    1) Membantu meningkatkan sistem imun badan dengan mengaktifkan neutrofil (sejenis darah putih), Penghasilan antibodi badan, dan mengawal fungsi sel darah putih

    2)  Boleh membantu mengurangkan reaksi alergi dengan mengurangkan penghasilan histamin (Histamin adalah bahan kimia yang boleh menyebabkan kebengkakkan, kegatalan & hidung berair)

    Digunakan bersama:
    Forever Aloe Vera GelForever Bee Propolis & Forever Arctic-Sea untuk mendapatkan kesan yang lebih effektif.

    Kecantikan kulit dari dalaman ke luaran:

    1) Vitamin C merupakan satu antipengoksidan yang kuat yang boleh membantu menentang radikal bebas. Berguna untuk kesihatan kulit, hati, buah pinggang dan jantung.
    2) Boleh membantu mengurangkan alahan dan kesan toksik ubat.
    3) Boleh membantu merangsang pembentukan kolagen antara sel-sel, justeru itu berguna bagi memperbaiki dan memulih kulit.
    4) Boleh membantu dalam proses penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun.
    Cara Pengambilan: 


    Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.

    Kandungan:
    Natural oat bran, sorbitol powder, honey, ascorbic acid, stearic acid, natural orange flavor, citrus bioflavonoids, papaya fruit powder and silicon dioxide.

    Isi kandungan: 100 Biji Kapsul Sebotol

    Harga: RM 60



    Aloe Lips With Jojoba

    Aloe Lips with Jojoba - Harga Seunit RM13.00 ( Code: 022)

    Ramai di antara kita sering lupa bahawa bibir kita juga memerlukan pelembapan serta penjagaan. Pengabaian serta alam sekitar boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah. Aloe Vera, minyak jojoba, lilin lebah dan alantoin digabungkan untuk mencipta Aloe Lips, satu produk bibir yang sesuai digunakan untuk semua musim. Produk ini boleh membantu melegakan, melembapkan dan menyembuhkan bibir anda, tidak kira dalam rumah atau di luar, semasa cuaca panas atau sejuk. Ia melindungi bibir daripada matahari, angin dan penyahidratan. Sapukan sahaja pada bibir apabila perlu.

    Perbezaan Aloe Lips dengan balsam bibir biasa
    1) Balsam bibir yang melembapkan
    2) Mengandungi Aloe, Jojoba dan lilin lebah
    3) Ciri-ciri Aloe Vera yang melegakan
    4) Melembapkan bibir yang kering dan pecah-pecah
     5) Jojoba dan lilin lebah memberikan kuasa kelembapan tambahan
    6) Saiz kompak dan senang dibawa kemana jua
    7) 'Kit pertolongan cemas mini' - Memberikan kelegaan segera untuk luka-luka dan gigitan nyamuk

    Kandungan: Aloe Barbadensis Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Petrolatum, Ethylhexyl Hydroxystearate, Beeswax, Euphorbia Cerifera (Candelilla) Wax, Myristyl Myristate, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Ozokerite, Flavor, Allantoin, Propylparaben

    Kegunaan:
    Melega, melindungi dan melembapkan bibir anda.

    Forever Garlic-Thyme

    FOREVER GARLIC-THYME - HARGA RUNCIT RM82.00 - ( Code: 065 )

    Satu kombinasi 1,000 mg bawang putih dengan 50 mg thyme. Bawang putih telah digunakan semenjak berkurun-kurun lamanya oleh hampir semua tamadun yang dikenali untuk memelihara kesihatan secara umum. Juzuk penting yang terdapat dalam bawang putih adalah allicin, alliin, scordinine dan germanium. Thyme adalah sejenis herba Eropah yang berguna bagi pemeliharaan sistem penghadaman yang sihat. 

    Khasiat daripada bawang putih adalah :-
    1) antioksidan
    2) 'decongestant' asli
    3) membasmi kuman dalam paru-paru, usus dan kulit)
    4) boleh membantu mencairkan kolesterol
    5) mengatasi masalah jerawat
    6) mengawal tekanan darah
    7) mengelak demam, selsema, jangkitan dada dan resdung
    8) Boleh membantu penglihatan mata yang kurang akibat kencing manis (diabetes)
    9) membantu memulihkan gangguan saraf serta kesan-kesan kemoterapi dan radioterapi


    Apakah yang menjadikan Forever Garlic Thyme cemerlang?
    1) Digabungkan dengan thyme. ianya memberikan manfaat antioksidan berganda
    2) Mengandungi 10 mg minyak bawang putih dan 50 mg thyme setiap softgel
    3) Kapsul gel yang lembut dan tidak berbau
    4) Menyokong tahap kolestrol & sistem imun yang sihat
    5) Ciri-ciri antibiotik dan antikulat semulajadi
    6) Ditambah dengan lesitin, membantu mengelmusikan lemak
    7) Manfaat kesihatan sistem pernafasan

    Kandungan: Canola oil, gelatin, glycerin, lecithin, beeswax, purified water, carob extract
    Contains Soy.

    Isi kandungan: 100 Biji Gel lembut

    Cara Pengambilan: Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.

    Untuk mengurangkan kolestrol pada salur darah dan jantung dengan lebih intesif, anda boleh menggabungkan pengambilan Forever Garlic-Thyme dengan beberapa produk lagi.

    Aloe Vera Gelly

    ALOE VERA GELLY - HARGA RUNCIT RM72.00 ( Code: 061)

    Aloe Vera Gelly adalah gel sapuan yang melegakan dan tidak berminyak. Ia sangat berkesan untuk melincirkan tisu-tisu kulit yang sensitif. Gel ini sangat berguna untuk merawat dan memberi kelegaan kepada luka-luka kecil, lecur ringan dan lain-lain masalah kulit yang sensitif.

    Aloe Vera Gel diperbuat daripada gel aloe vera yang distabilkan dan kandungan asasnya menyamai kandungan daun aloe vera sebenar. Ia adalah gel lutcahaya yang kaya dengan humektan dan pelembab. Gel ini mudah diserap dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak.


    Kenapa Aloe Vera Gelly sangat terkenal dikalangan pengguna kita?
    1) Kandungan aloe vera yang distabilkan 100% adalah sangat tinggi (Aloe tulen)
    2) Cepat diserap
    3) Tidak berminyak & tidak mengotorkan pakaian
    4) Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
    5) Ideal untuk luka kecil, luka terbakar, masalah jerawat & akne
    6) Melegakan masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, ruam & kulit terbakar akibat radiasi
    7) Sesuai digunakan sebagai pelembap dan masker pelembap
    8) Melegakan penyakit buasir
    9) Gel penggayaan rambut
    10) Akibat gigitan serangga

    Kandungan:
    Aloe Barbadensis Leaf Juice (Stabilized Aloe Vera Gel/gel d’aloès officinal stabilisé), Water (Aqua), Glycerin, Triethanolamine, Carbomer, Tocopherol (Natural Vitamin E/vitamine E naturelle), Allantoin, Ascorbic Acid, Diazolidinyl Urea, Disodium EDTA, Methylparaben.



    Forever Bright Toothgel

    FOREVER BRIGHT TOOTHGEL - HARGA SEUNIT  RM32.00 - (Code: 028)

    Mengandungi lidah buaya yang distabilkan, propolis lebah dan klorofil. Ini berkesan untuk menghapuskan bakteria penyebab plak dan membuat mulut anda berasa segar dan bersih. 


    Forever Bright Toothgel diperisakan dengan minyak pudina untuk:
    1) Memberikan rasa mulut yang bersih dan nafas yang menyegarkan.                                                   
    2) Menggabungkan tindakan penyembuhan dan antimikrob Aloe Vera serta propolis untuk penjagaan gigi. 
    3) Memutihkan gigi dan menghilangkan kotoran tanpa menghauskan permukaan gigi juga tanpa agen pemutih.  
    4) Melegakan sakit tekak dengan menelan sedikit    
    5) sesuai untuk gigi sensitif
                                      Tindakan anti-bakterianya:
    1) Membantu meringankan jangkitan gusi. 
    2) Membantu meredakan simptom ulser mulut 
    3) Tidak mengandungi florida - sesuai bagi penghidap tiroid
    4) Sesuai diamalkan oleh perokok untuk penjagaan mulut.

    Harganya mungkin mahal sedikit iaitu RM32.00 tetapi dianggarkan anda boleh menggunakannya sebanyak 400 kali
    iaitu 0.08 sen sekali pengunaan.

    Tambahan pula ianya boleh digunakan sebagai emergency case.
    Contoh: kalau luka,terkena air panas dan sebagainya kerana ada kandungan aloe vera.Jangan risau..toothgel
    ini boleh dimakan untuk kelegaan sakit tekak. 


    Kandungan:
    Aloe Barbadensis Gel (Stabilized Aloe Vera Gel), Sorbitol, Hydrated Silica, Glycerin, Sodium Lauryl Sulfate, Chondrus Crispus (Carrageenan), Flavor (Aroma), Bee Propolis, Sodium Saccharin, Sodium 


    Aloe Propolis Creme

    ALOE PROPOLIS CREME - HARGA RUNCIT RM72.00 - (Code:051)

    Aloe Propolis Creme adalah hasil kombinasi dua jenis penawar semulajadi yang terkenal iaitu aloe vera dan propolis lebah. Propolis lebah memang diketahui boleh membantu melawan jangkitan. Produk ini juga mengandungi kamomil serta vitamin A dan E, adalah sangat berguna untuk meredakan kerengsaan dan luka-luka yang ringan pada kulit.

    Ia juga boleh digunakan untuk merawat kesan-kesan luka kudis pada kulit. Bersihkan luka berkenaan terlebih dahulu (seeloknya dengan sabun yang lembut pada kulit) dan sapukan krim ini kepada kawasan berkenaan. 


    Didalamnya terkandung Aloe Barbadensis Leaf Juice (Stabilized Aloe Vera Gel/gel d’aloès officinal stabilisé), Glyceryl Stearate, Propylene Glycol, Cetyl Alcohol, PEG-100 Stearate, Lanolin, Sorbitol, Ethylhexyl Palmitate, Ethylhexyl Stearate, Diethylhexyl Adipate, Allantoin, Propolis Extract, Lanolin Alcohol, Dimethicone, Tocopherol (Vitamin E Natural/vitamine E naturelle), Beta Carotene (Provitamin A), Zea Mays (Corn) Oil, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Triethanolamine, Ascorbic Acid, Disodium EDTA, Diazolidinyl Urea, Methylparaben, Propylparaben dan Fragrance (Parfum).

    Apakah yang menjadikan Aloe Propolis Creme ini Unik?
    Gabungan Unik:
    1) Aloe Vera Gel yang distabilkan 100% - Menenangkan kulit
    2) Astrak propolis lebah - antibakteria
    3) Kamomil - Herba penyembuh semulajdi
    4) Vitamin A & E - Antioksidan

    Kegunaan:
    1) Mengekalkan tona dan tekstur kulit yang sihat
    2) Sesuai menyembuhkan luka-luka terbakar, melecet, kulit kering dan luka kecil
    3) Ideal untuk mengurangkan kulit teregang
    4) Lebih baik jika digunakan bersama Aloe Vera Gelly untuk kesan yang lebih efektif


    Forever Bee Honey

    FOREVER BEE HONEY - HARGA RUNCIT RM60.00 (Code: 207)

    Dikumpul dari sarang-sarang lebah yang terbiar di hutan yang subur di Gurun Sonoran,Arizona yang tidak diganggu langsung oleh aktiviti,madu lebah forever sudah pasti mempunyai standard dan kualiti yang tertinggi.Gurun Sonoran merupakan salah satu lokasi pemeliharaan lebah yang paling Ideal di dunia dengan beribu-ribu spesis pokok berbunga dan persekitarannya yang bersih di mana racun-racun serangga serta bahan kimia dari ladang-ladang pertanian dan pencemarandari kota-kota hampir-hampir tidak wujud.

    Madu lebah forever adalah 100% madu asli "liar" dari gurun yang berkualiti tinggi.Ia secara semulajadinya mengandungi royal jelly serta pollen yang meningkatkan nilai khasiatnya dan menjadikannya satu produk pemakanan yang unggul.

    Komponen-Komponen utama madu ialah :


    1) Gula ringkas (Fruktosa dan sukrosa) 
    Gula ringkas mudah diserap oleh badan utk membekalkan tenaga dgn serta-merta.Kandungan fruktosa yg tinggi menjadikan madu lebah mempunyai kemanisan yg lebih tinggi,pada bilangan kalori yg sama. 


    2) Vitamin 
    Ia mengandungi vitamin A,B Kompleks,C,K dan sbgnya.Vitamin di perlukan pelbagai proses biokimia badan,dan utk melaraskan perjalanan metabolisma badan.

    3) Mineral 
    Ia mengandungi pelbagai mineral yg diperlukan utk proses tumbesaran,memelihara kesihatan tulang dan gigi mengawalatur keseimbangan tekanan osmosis bendalir tubuh dan sbgnya.

    4) Enzim 
    Ia mengandungi enzim invertase,diastases,lipase,glucose oxidase dan phosphatase yg blh membantu proses penghadaman serta catalase yg blh menguraikan hydrogen,sejenis radikal bebas yg boleh mengancam sel-sel tubuh.

    5) Asid Amino 
    Asid Amino adalah asas pembinaan sel-sel tubuh.Ia diperlukan utk membina sel-sel baru serta membaikpulih sel-sel rosak.

    Madu forever dihasilkan drpd nektar bunga.Lebah madu bergerak dari bunga ke bunga,mengumpul nektar dan kemudian berulang-ulang meluahkannya dari perut satu lebah ke lebah lain utk mencampurkannya dgn enzim mereka bg menghasilkan madu yg kemudiannya mereka simpan dlm sarang.Madu lebah telah diterima dan dihargai sbg salah satu makanan semulajadi yg terbaik sejak berkurun-kurun lamanya.Sejak permulaan tamadun lagi, madu telah diketahui sbg gedung pemakanan yg berkhasiat.Ia mengandungi 180 jenis sebatian pemakanan termasuk pelbagai Vitamin penting,Mineral.Kabohidrat,Enzim,protein dan Asid Amino.Madu lebah forever adalah 100% tulen dan secara semulajadinya mengandungi pollen serta Royal Jelly yg membuatnya makanan kesihatan yg amat berkhasiat dan penuh dgn Nutrien dan tenaga.

    Khasiat Madu Asli Forever ini sesuai untuk mengawal dan menghindarkan penyakit-penyakit yang seperti asma dan lelah, resdung, buasir, sakit jantung, batuk, darah tinggi, selsema, migrain, sakit tekak,tyroid dan kencing manis.

    Khasiat yang boleh diperolehi dari Madu Asli Forever:
    1) Ianya mampu mengeluarkan/membersihkan segala kekotoran yang ada dalam darah
    2) Ianya mampu menyerap lembapan dalam badan
    3) Meningkatkan tenaga/oksigen dalam darah
    4) Membersihkan perut
    5) Membuang angin
    6) Membaiki sel-sel yang rosak
    7) Memelihara dalaman wanita
    8) Memelihara kesihatan lelaki
    9) Ia juga dapat menjaga sistem dalaman badan manusia dengan:
    10) Memanaskan badan
    11) Melancarkan perjalanan darah
    12) Mengimbangkan diet badan
    13) Menguatkan tenaga dalaman
    14) Meningkatkan kecergasan dan daya ingatan serta hafalan anak-anak
    15) Melawaskan usus


    Dari Ibnu Majah, Al-Hakim daripada Ibnu Masul (R.A): Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Madu adalah penyembuh bagi penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati. Maka berubatlah kamu dengan madu dan Al-Quran".

    Amalan menyukai dan memakan madu merupakan amalan Rasulullah S.A.W. Madu lebah menjadi penawar untuk berbagai penyakit seperti dinyatakan di dalam Surah An-Nahl Ayat 68-69. Jadikanlah ia satu amalan harian kita semua. Wallahu'alam.

    Cara Minum: 

    Dewasa: 1 sudu teh, 3 x sehari (pagi, tghari, malam)
    Kanak-kanak: 1/2 sudu teh, 2 x sehari (pagi dan malam)
    Bacalah selawat kepada Rasulullah 3 kali mohon keberkatan Al-Quran dan Sunnah


    Bagus untuk wanita mengandung dan bayi
    Hanya gunakan sudu plastik/kaca
    Jangan disimpan dalam peti ais 


    Harga Runcit: RM60.00 Sahaja

    Forever Bee Propolis

    FOREVER BEE PROPOLIS - HARGA RUNCIT RM112.00 (Code: 027)

    Propolis adalah pembunuh kuman yang dihasilkan oleh lebah madu daripada gam, damar, kulit kayu dan bahan semulajadi lain yang diperolehi daripada persekitaran mereka.  
         
         Lebah madu menggunakannya untuk melindungi sarang mereka daripada jangkitan. Bahan semulajadi ini boleh membantu memerangi kuman dan meningkatkan sistem ketahanan badan. Ia juga kaya dengan dengan pelbagai zat makanan seperti vitamin. galian dan enzim. Kelebihan Forever Bee Propolis ialah, ia juga diperkaya dengan jeli raja.



    Mengandungi 22 jenis asid amino, Vitamin B-Kompleks boleh membantu menggalakkan sistem imun, mempertingkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

    Cara Pengambilan:
    Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.

    Forever Bee Royal Jelly

    FOREVER BEE ROYAL JELLY - HARGA RUNCIT RM112.00 (Code: 036)


    Royal Jelly atau lebih dikenali sebagai Jeli Raja adalah makanan ekslusif bagi Ratu Lebah yang berkesuburan tinggi yang berupaya bertelur sebanyak 3,000 biji setiap hari, dan hidup sehingga 45 kali hayat berbanding lebah biasa. Ianya yang dipungut dari pusat pembelaan lebah Forever sendiri di Gurun Sonoran, Arizona yang hampir bebas daripada pencemaran.  Jeli Raja adalah dihasilkan oleh lebah. Juga merupakan makanan tunggal bagi ratu lebah yang begitu subur. Amat kaya dengan vitamin B-Kompleks, termasuk vitamin-vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7 dan B9 dan lain-lain sebatian berkhasiat yang aktif. Ini termasuk asid amino, garam galian, asid lemak perlu, asid nukleik, asetilkolina, hormon semulajadi dan 10-HDA. Asid nukleik dan vitamin B-Kompleks membantu dalam mengurangkan stress dan proses penjanaan sel dan dengan demikian menolong menggalakkan penyembuhan dan pembaharuan kulit. Ia juga mengandungi aasid hidroksi dekanoik serta RNA dan DNA. Selain daripada orang dewasa, ia juga membantu mengalakkan tumbesaran dan mempertingkatkan sistem ketahanan kanak-kanak. 

    1) Vitamin B-Kompleks juga adalah penting untuk penghasilan tenaga, pembaharuan sel darah merah dan fungsi sel saraf.
    2) 10-HDA  sejenis asid lemak yang berperanan untuk tumbesaran dan keimunan hanya didapati dalam jeli raja secara semulajadi.
    3) Boleh membantu mengurangkan kesan tekanan. Vitamin B5 (Asid Pantotenik) sering kali digelar vitamin 'anti-tekanan'.
    4) Boleh membantu menggalakkan tenaga, stamina dan kecergasan serta mengurangkan rasa keletihan.
    5) Boleh membantu menngekalkan aktiviti mental. Asetiklolin adalah bahan yang diperlukan untuk membawa mesej saraf antara sel-sel.
    6) Membantu mengimbangkan hormon.

         Royal Jelly mampu meningkatkan sistem imun dan tenaga serta memberi manfaat kepada kulit dan rambut. Forever Royal Jelly dikumpul dari kawasan kering, jauh, gurun tanah tinggi semulajadi dan persekitaran yang ideal.     

    Royal Jelly memberi manfaat untuk mereka yang mempunyai masalah berikut:- 
    * anemia
    * arthritis
    * asma
    * sokongan anabolik
    * patah atau lemah tulang
    * jangkitan pundi kencing
    * saluran koronari
    * tekanan
    * diabetes
    * ganguan sistem endoktrin
    * ketidakseimbangan hormon
    * tahap kolestrol tinggi
    * tekanan darah tinggi
    * mati pucuk
    * kemandulan
    * keradangan
    * memori lemah
    * masalah sistem imun
    * penyakit hati
    menopaus
    * fikiran letih
    * pertumbuhan terbantu
    * parkinson
    * jangkitan virus/kuman
    * penyembuhan luka
    * mata penat



    Cara Pengambilan:
    Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.

    Kandungan: 60 Biji Sebotol (RM112.00)


    Forever Aloe Bits N' Peaches

    FOREVER ALOE BITS N' PEACHES - HARGA RUNCIT RM90.00 (Code: 077)

    Selain daripada ia mengandungi khasiat gel aloe vera, rasanya lebih sedap dengan cebisan-cebisan buah pic yang dimasukkan sekali. Ianya sangat digemari oleh kanak-kanak. Minuman ini sangat sesuai untuk meningkatkan sistem daya ketahanan badan (imuniti) dan membantu sistem penghadaman.

         Buah pic adalah sumber yang sangat kaya dengan Vitamin A & potasium. Ia membantu menjadikan kulit sihat dengan kompleksi yang lebih baik. Penggunaan pic sangat membantu dalam penyingkiran cacing dari saluran usus. Ia juga kaya dengan vitamin A,  buah pic membantu mencegah kanser dalam organ-organ dan kelenjar dengan tisu epitelium. Buah pic terdiri daripada lebih daripada 80 peratus air dan sumber serat pemakanan, menjadikan ia pilihan yang baik untuk mereka yang cuba mengurangkan berat badan dan mengurangkan sembelit. 

        Beberapa penyelidik mendapati bahawa antioksidan dalam buah pic membantu merencatkan perkembangan sel-sel tumor. Buah pic juga mempunyai kesan julap kecil dan kesan diuretik yang kuat dan dengan itu, adalah disyorkan kepada orang yang mengidap penyakit sendi dan gout.

    Memakan buah pic memberi manfaat kepada individu yang mengalami penyakit berikut:

    Asidosis, Anemia, Asma, pundi kencing dan batu buah pinggang, Bronkitis, Sembelit,
    Batuk Kering, Gastritis, Tekanan Darah Tinggi, Nefritis, Masalah Penghadaman.


    Khasiat:
    1) Formula berpaten dengan perisa pic yang lazat dan cebisan Aloe iniamat digemari oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.
    2) Mengandungi Aloe Vera distabilkan 100% yang kaya dengan nutrien yang boleh membantu membersihkan sistem gastrousus, menguatkan sistem imun, merangsang penyembuhan (pertumbuhan semula sel) dan mengurangkan keradangan. Ia juga bertindak sebagai bahantara yang amat baik untuk mengangkut nutrien yang terkandung dalam kranberi kepada sel-sel tubuh.
    3) Vitamin A (dalam bentuk prekursor karotenoid), C dan E tambahan daripada buah pic yang sangat berguna untuk memastikan sistem imun serta kulit yang sihat.

    Aturan Pengambilan

    Dewasa: 60ml pagi sebelum makan
                  60ml malam sebelum tidur
    Kanak-kanak (12 tahun ke bawah): 40ml pagi
                                                           40ml malam
    Kanak-kanak 3-6 tahun: 30ml pagi
                                          30ml malam
    Kanak-kanak 1 tahun ke atas : 30ml ambil sekali sehari