Aloe Lips with Jojoba - Harga Seunit RM13.00 ( Code: 022)
Ramai di antara kita sering lupa bahawa bibir kita juga memerlukan pelembapan serta penjagaan. Pengabaian serta alam sekitar boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah. Aloe Vera, minyak jojoba, lilin lebah dan alantoin digabungkan untuk mencipta Aloe Lips, satu produk bibir yang sesuai digunakan untuk semua musim. Produk ini boleh membantu melegakan, melembapkan dan menyembuhkan bibir anda, tidak kira dalam rumah atau di luar, semasa cuaca panas atau sejuk. Ia melindungi bibir daripada matahari, angin dan penyahidratan. Sapukan sahaja pada bibir apabila perlu.
Perbezaan Aloe Lips dengan balsam bibir biasa
1) Balsam bibir yang melembapkan
2) Mengandungi Aloe, Jojoba dan lilin lebah
3) Ciri-ciri Aloe Vera yang melegakan
4) Melembapkan bibir yang kering dan pecah-pecah
5) Jojoba dan lilin lebah memberikan kuasa kelembapan tambahan
6) Saiz kompak dan senang dibawa kemana jua
7) 'Kit pertolongan cemas mini' - Memberikan kelegaan segera untuk luka-luka dan gigitan nyamuk
Kandungan: Aloe Barbadensis Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Petrolatum, Ethylhexyl Hydroxystearate, Beeswax, Euphorbia Cerifera (Candelilla) Wax, Myristyl Myristate, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Ozokerite, Flavor, Allantoin, Propylparaben
Kegunaan:
Melega, melindungi dan melembapkan bibir anda.
FOREVER GARLIC-THYME - HARGA RUNCIT RM82.00 - ( Code: 065 )
Satu kombinasi 1,000 mg bawang putih dengan 50 mg thyme. Bawang putih telah digunakan semenjak berkurun-kurun lamanya oleh hampir semua tamadun yang dikenali untuk memelihara kesihatan secara umum. Juzuk penting yang terdapat dalam bawang putih adalah allicin, alliin, scordinine dan germanium. Thyme adalah sejenis herba Eropah yang berguna bagi pemeliharaan sistem penghadaman yang sihat.
Khasiat daripada bawang putih adalah :-
1) antioksidan
2) 'decongestant' asli
3) membasmi kuman dalam paru-paru, usus dan kulit)
4) boleh membantu mencairkan kolesterol
5) mengatasi masalah jerawat
6) mengawal tekanan darah
7) mengelak demam, selsema, jangkitan dada dan resdung
8) Boleh membantu penglihatan mata yang kurang akibat kencing manis (diabetes)9) membantu memulihkan gangguan saraf serta kesan-kesan kemoterapi dan radioterapi
Apakah yang menjadikan Forever Garlic Thyme cemerlang?1) Digabungkan dengan thyme. ianya memberikan manfaat antioksidan berganda2) Mengandungi 10 mg minyak bawang putih dan 50 mg thyme setiap softgel3) Kapsul gel yang lembut dan tidak berbau4) Menyokong tahap kolestrol & sistem imun yang sihat5) Ciri-ciri antibiotik dan antikulat semulajadi6) Ditambah dengan lesitin, membantu mengelmusikan lemak7) Manfaat kesihatan sistem pernafasan
Kandungan: Canola oil, gelatin, glycerin, lecithin, beeswax, purified water, carob extractContains Soy.Isi kandungan: 100 Biji Gel lembut
Cara Pengambilan: Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.
Untuk mengurangkan kolestrol pada salur darah dan jantung dengan lebih intesif, anda boleh menggabungkan pengambilan Forever Garlic-Thyme dengan beberapa produk lagi.
ALOE VERA GELLY - HARGA RUNCIT RM72.00 ( Code: 061)
Aloe Vera Gelly adalah gel sapuan yang melegakan dan tidak berminyak. Ia sangat berkesan untuk melincirkan tisu-tisu kulit yang sensitif. Gel ini sangat berguna untuk merawat dan memberi kelegaan kepada luka-luka kecil, lecur ringan dan lain-lain masalah kulit yang sensitif.
Aloe Vera Gel diperbuat daripada gel aloe vera yang distabilkan dan kandungan asasnya menyamai kandungan daun aloe vera sebenar. Ia adalah gel lutcahaya yang kaya dengan humektan dan pelembab. Gel ini mudah diserap dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak.
Kenapa Aloe Vera Gelly sangat terkenal dikalangan pengguna kita?1) Kandungan aloe vera yang distabilkan 100% adalah sangat tinggi (Aloe tulen)2) Cepat diserap3) Tidak berminyak & tidak mengotorkan pakaian4) Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif5) Ideal untuk luka kecil, luka terbakar, masalah jerawat & akne6) Melegakan masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, ruam & kulit terbakar akibat radiasi7) Sesuai digunakan sebagai pelembap dan masker pelembap8) Melegakan penyakit buasir9) Gel penggayaan rambut10) Akibat gigitan serangga
Kandungan:Aloe Barbadensis Leaf Juice (Stabilized Aloe Vera Gel/gel d’aloès officinal stabilisé), Water (Aqua), Glycerin, Triethanolamine, Carbomer, Tocopherol (Natural Vitamin E/vitamine E naturelle), Allantoin, Ascorbic Acid, Diazolidinyl Urea, Disodium EDTA, Methylparaben.
FOREVER BRIGHT TOOTHGEL - HARGA SEUNIT RM32.00 - (Code: 028)
Mengandungi lidah buaya yang distabilkan, propolis lebah dan klorofil. Ini berkesan untuk menghapuskan bakteria penyebab plak dan membuat mulut anda berasa segar dan bersih.
Forever Bright Toothgel diperisakan dengan minyak pudina untuk:1) Memberikan rasa mulut yang bersih dan nafas yang menyegarkan. 2) Menggabungkan tindakan penyembuhan dan antimikrob Aloe Vera serta propolis untuk penjagaan gigi. 3) Memutihkan gigi dan menghilangkan kotoran tanpa menghauskan permukaan gigi juga tanpa agen pemutih. 4) Melegakan sakit tekak dengan menelan sedikit 5) sesuai untuk gigi sensitif Tindakan anti-bakterianya:1) Membantu meringankan jangkitan gusi. 2) Membantu meredakan simptom ulser mulut 3) Tidak mengandungi florida - sesuai bagi penghidap tiroid4) Sesuai diamalkan oleh perokok untuk penjagaan mulut.
Harganya mungkin mahal sedikit iaitu RM32.00 tetapi dianggarkan anda boleh menggunakannya sebanyak 400 kali
iaitu 0.08 sen sekali pengunaan.
Tambahan pula ianya boleh digunakan sebagai emergency case.
Contoh: kalau luka,terkena air panas dan sebagainya kerana ada kandungan aloe vera.Jangan risau..toothgel
ini boleh dimakan untuk kelegaan sakit tekak.
Kandungan:Aloe Barbadensis Gel (Stabilized Aloe Vera Gel), Sorbitol, Hydrated Silica, Glycerin, Sodium Lauryl Sulfate, Chondrus Crispus (Carrageenan), Flavor (Aroma), Bee Propolis, Sodium Saccharin, Sodium
ALOE PROPOLIS CREME - HARGA RUNCIT RM72.00 - (Code:051)
Aloe Propolis Creme adalah hasil kombinasi dua jenis penawar semulajadi yang terkenal iaitu aloe vera dan propolis lebah. Propolis lebah memang diketahui boleh membantu melawan jangkitan. Produk ini juga mengandungi kamomil serta vitamin A dan E, adalah sangat berguna untuk meredakan kerengsaan dan luka-luka yang ringan pada kulit.
Ia juga boleh digunakan untuk merawat kesan-kesan luka kudis pada kulit. Bersihkan luka berkenaan terlebih dahulu (seeloknya dengan sabun yang lembut pada kulit) dan sapukan krim ini kepada kawasan berkenaan.
Didalamnya terkandung Aloe Barbadensis Leaf Juice (Stabilized Aloe Vera Gel/gel d’aloès officinal stabilisé), Glyceryl Stearate, Propylene Glycol, Cetyl Alcohol, PEG-100 Stearate, Lanolin, Sorbitol, Ethylhexyl Palmitate, Ethylhexyl Stearate, Diethylhexyl Adipate, Allantoin, Propolis Extract, Lanolin Alcohol, Dimethicone, Tocopherol (Vitamin E Natural/vitamine E naturelle), Beta Carotene (Provitamin A), Zea Mays (Corn) Oil, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Triethanolamine, Ascorbic Acid, Disodium EDTA, Diazolidinyl Urea, Methylparaben, Propylparaben dan Fragrance (Parfum).
Apakah yang menjadikan Aloe Propolis Creme ini Unik?Gabungan Unik:1) Aloe Vera Gel yang distabilkan 100% - Menenangkan kulit2) Astrak propolis lebah - antibakteria3) Kamomil - Herba penyembuh semulajdi4) Vitamin A & E - Antioksidan
Kegunaan:1) Mengekalkan tona dan tekstur kulit yang sihat2) Sesuai menyembuhkan luka-luka terbakar, melecet, kulit kering dan luka kecil3) Ideal untuk mengurangkan kulit teregang4) Lebih baik jika digunakan bersama Aloe Vera Gelly untuk kesan yang lebih efektif
FOREVER BEE HONEY - HARGA RUNCIT RM60.00 (Code: 207)
Dikumpul dari sarang-sarang lebah yang terbiar di hutan yang subur di Gurun Sonoran,Arizona yang tidak diganggu langsung oleh aktiviti,madu lebah forever sudah pasti mempunyai standard dan kualiti yang tertinggi.Gurun Sonoran merupakan salah satu lokasi pemeliharaan lebah yang paling Ideal di dunia dengan beribu-ribu spesis pokok berbunga dan persekitarannya yang bersih di mana racun-racun serangga serta bahan kimia dari ladang-ladang pertanian dan pencemarandari kota-kota hampir-hampir tidak wujud.
Madu lebah forever adalah 100% madu asli "liar" dari gurun yang berkualiti tinggi.Ia secara semulajadinya mengandungi royal jelly serta pollen yang meningkatkan nilai khasiatnya dan menjadikannya satu produk pemakanan yang unggul.
Komponen-Komponen utama madu ialah :
1) Gula ringkas (Fruktosa dan sukrosa)
Gula ringkas mudah diserap oleh badan utk membekalkan tenaga dgn serta-merta.Kandungan fruktosa yg tinggi menjadikan madu lebah mempunyai kemanisan yg lebih tinggi,pada bilangan kalori yg sama.
2) Vitamin
Ia mengandungi vitamin A,B Kompleks,C,K dan sbgnya.Vitamin di perlukan pelbagai proses biokimia badan,dan utk melaraskan perjalanan metabolisma badan.
3) Mineral
Ia mengandungi pelbagai mineral yg diperlukan utk proses tumbesaran,memelihara kesihatan tulang dan gigi mengawalatur keseimbangan tekanan osmosis bendalir tubuh dan sbgnya.
4) Enzim
Ia mengandungi enzim invertase,diastases,lipase,glucose oxidase dan phosphatase yg blh membantu proses penghadaman serta catalase yg blh menguraikan hydrogen,sejenis radikal bebas yg boleh mengancam sel-sel tubuh.
5) Asid Amino
Asid Amino adalah asas pembinaan sel-sel tubuh.Ia diperlukan utk membina sel-sel baru serta membaikpulih sel-sel rosak.
Madu forever dihasilkan drpd nektar bunga.Lebah madu bergerak dari bunga ke bunga,mengumpul nektar dan kemudian berulang-ulang meluahkannya dari perut satu lebah ke lebah lain utk mencampurkannya dgn enzim mereka bg menghasilkan madu yg kemudiannya mereka simpan dlm sarang.Madu lebah telah diterima dan dihargai sbg salah satu makanan semulajadi yg terbaik sejak berkurun-kurun lamanya.Sejak permulaan tamadun lagi, madu telah diketahui sbg gedung pemakanan yg berkhasiat.Ia mengandungi 180 jenis sebatian pemakanan termasuk pelbagai Vitamin penting,Mineral.Kabohidrat,Enzim,protein dan Asid Amino.Madu lebah forever adalah 100% tulen dan secara semulajadinya mengandungi pollen serta Royal Jelly yg membuatnya makanan kesihatan yg amat berkhasiat dan penuh dgn Nutrien dan tenaga.
Khasiat Madu Asli Forever ini sesuai untuk mengawal dan menghindarkan penyakit-penyakit yang seperti asma dan lelah, resdung, buasir, sakit jantung, batuk, darah tinggi, selsema, migrain, sakit tekak,tyroid dan kencing manis.
Khasiat yang boleh diperolehi dari Madu Asli Forever:
1) Ianya mampu mengeluarkan/membersihkan segala kekotoran yang ada dalam darah
2) Ianya mampu menyerap lembapan dalam badan
3) Meningkatkan tenaga/oksigen dalam darah
4) Membersihkan perut
5) Membuang angin
6) Membaiki sel-sel yang rosak
7) Memelihara dalaman wanita
8) Memelihara kesihatan lelaki
9) Ia juga dapat menjaga sistem dalaman badan manusia dengan:
10) Memanaskan badan
11) Melancarkan perjalanan darah
12) Mengimbangkan diet badan
13) Menguatkan tenaga dalaman
14) Meningkatkan kecergasan dan daya ingatan serta hafalan anak-anak
15) Melawaskan usus
Dari Ibnu Majah, Al-Hakim daripada Ibnu Masul (R.A): Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Madu adalah penyembuh bagi penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati. Maka berubatlah kamu dengan madu dan Al-Quran".
Amalan menyukai dan memakan madu merupakan amalan Rasulullah S.A.W. Madu lebah menjadi penawar untuk berbagai penyakit seperti dinyatakan di dalam Surah An-Nahl Ayat 68-69. Jadikanlah ia satu amalan harian kita semua. Wallahu'alam.
Cara Minum: Dewasa: 1 sudu teh, 3 x sehari (pagi, tghari, malam)
Kanak-kanak: 1/2 sudu teh, 2 x sehari (pagi dan malam)
Bacalah selawat kepada Rasulullah 3 kali mohon keberkatan Al-Quran dan Sunnah
Bagus untuk wanita mengandung dan bayi
Hanya gunakan sudu plastik/kaca
Jangan disimpan dalam peti ais Harga Runcit: RM60.00 Sahaja
FOREVER BEE PROPOLIS - HARGA RUNCIT RM112.00 (Code: 027)
Propolis adalah pembunuh kuman yang dihasilkan oleh lebah madu daripada gam, damar, kulit kayu dan bahan semulajadi lain yang diperolehi daripada persekitaran mereka.
Lebah madu menggunakannya untuk melindungi sarang mereka daripada jangkitan. Bahan semulajadi ini boleh membantu memerangi kuman dan meningkatkan sistem ketahanan badan. Ia juga kaya dengan dengan pelbagai zat makanan seperti vitamin. galian dan enzim. Kelebihan Forever Bee Propolis ialah, ia juga diperkaya dengan jeli raja.
Mengandungi 22 jenis asid amino, Vitamin B-Kompleks boleh membantu menggalakkan sistem imun, mempertingkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.
FOREVER BEE ROYAL JELLY - HARGA RUNCIT RM112.00 (Code: 036)
Royal Jelly atau lebih dikenali sebagai Jeli Raja adalah makanan ekslusif bagi Ratu Lebah yang berkesuburan tinggi yang berupaya bertelur sebanyak 3,000 biji setiap hari, dan hidup sehingga 45 kali hayat berbanding lebah biasa. Ianya yang dipungut dari pusat pembelaan lebah Forever sendiri di Gurun Sonoran, Arizona yang hampir bebas daripada pencemaran. Jeli Raja adalah dihasilkan oleh lebah. Juga merupakan makanan tunggal bagi ratu lebah yang begitu subur. Amat kaya dengan vitamin B-Kompleks, termasuk vitamin-vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7 dan B9 dan lain-lain sebatian berkhasiat yang aktif. Ini termasuk asid amino, garam galian, asid lemak perlu, asid nukleik, asetilkolina, hormon semulajadi dan 10-HDA. Asid nukleik dan vitamin B-Kompleks membantu dalam mengurangkan stress dan proses penjanaan sel dan dengan demikian menolong menggalakkan penyembuhan dan pembaharuan kulit. Ia juga mengandungi aasid hidroksi dekanoik serta RNA dan DNA. Selain daripada orang dewasa, ia juga membantu mengalakkan tumbesaran dan mempertingkatkan sistem ketahanan kanak-kanak.
1) Vitamin B-Kompleks juga adalah penting untuk penghasilan tenaga, pembaharuan sel darah merah dan fungsi sel saraf.
2) 10-HDA sejenis asid lemak yang berperanan untuk tumbesaran dan keimunan hanya didapati dalam jeli raja secara semulajadi.
3) Boleh membantu mengurangkan kesan tekanan. Vitamin B5 (Asid Pantotenik) sering kali digelar vitamin 'anti-tekanan'.
4) Boleh membantu menggalakkan tenaga, stamina dan kecergasan serta mengurangkan rasa keletihan.
5) Boleh membantu menngekalkan aktiviti mental. Asetiklolin adalah bahan yang diperlukan untuk membawa mesej saraf antara sel-sel.
6) Membantu mengimbangkan hormon.
Royal Jelly mampu meningkatkan sistem imun dan tenaga serta memberi manfaat kepada kulit dan rambut. Forever Royal Jelly dikumpul dari kawasan kering, jauh, gurun tanah tinggi semulajadi dan persekitaran yang ideal.
Royal Jelly memberi manfaat untuk mereka yang mempunyai masalah berikut:-
* anemia
* arthritis
* asma
* sokongan anabolik
* patah atau lemah tulang
* jangkitan pundi kencing
* saluran koronari
* tekanan
* diabetes
* ganguan sistem endoktrin
* ketidakseimbangan hormon
* tahap kolestrol tinggi
* tekanan darah tinggi
* mati pucuk
* kemandulan
* keradangan
* memori lemah
* masalah sistem imun
* penyakit hati
* menopaus
* fikiran letih
* pertumbuhan terbantu
* parkinson
* jangkitan virus/kuman
* penyembuhan luka
* mata penat
Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.
Kandungan: 60 Biji Sebotol (RM112.00)
FOREVER ALOE BITS N' PEACHES - HARGA RUNCIT RM90.00 (Code: 077)
Selain daripada ia mengandungi khasiat gel aloe vera, rasanya lebih sedap dengan cebisan-cebisan buah pic yang dimasukkan sekali. Ianya sangat digemari oleh kanak-kanak. Minuman ini sangat sesuai untuk meningkatkan sistem daya ketahanan badan (imuniti) dan membantu sistem penghadaman.
Buah pic adalah sumber yang sangat kaya dengan Vitamin A & potasium. Ia membantu menjadikan kulit sihat dengan kompleksi yang lebih baik. Penggunaan pic sangat membantu dalam penyingkiran cacing dari saluran usus. Ia juga kaya dengan vitamin A, buah pic membantu mencegah kanser dalam organ-organ dan kelenjar dengan tisu epitelium. Buah pic terdiri daripada lebih daripada 80 peratus air dan sumber serat pemakanan, menjadikan ia pilihan yang baik untuk mereka yang cuba mengurangkan berat badan dan mengurangkan sembelit.
Beberapa penyelidik mendapati bahawa antioksidan dalam buah pic membantu merencatkan perkembangan sel-sel tumor. Buah pic juga mempunyai kesan julap kecil dan kesan diuretik yang kuat dan dengan itu, adalah disyorkan kepada orang yang mengidap penyakit sendi dan gout.
Memakan buah pic memberi manfaat kepada individu yang mengalami penyakit berikut:
Asidosis, Anemia, Asma, pundi kencing dan batu buah pinggang, Bronkitis, Sembelit,
Batuk Kering, Gastritis, Tekanan Darah Tinggi, Nefritis, Masalah Penghadaman.
Khasiat:
1) Formula berpaten dengan perisa pic yang lazat dan cebisan Aloe iniamat digemari oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.
2) Mengandungi Aloe Vera distabilkan 100% yang kaya dengan nutrien yang boleh membantu membersihkan sistem gastrousus, menguatkan sistem imun, merangsang penyembuhan (pertumbuhan semula sel) dan mengurangkan keradangan. Ia juga bertindak sebagai bahantara yang amat baik untuk mengangkut nutrien yang terkandung dalam kranberi kepada sel-sel tubuh.
3) Vitamin A (dalam bentuk prekursor karotenoid), C dan E tambahan daripada buah pic yang sangat berguna untuk memastikan sistem imun serta kulit yang sihat.
Aturan Pengambilan
Dewasa: 60ml pagi sebelum makan
60ml malam sebelum tidur
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah): 40ml pagi
40ml malam
Kanak-kanak 3-6 tahun: 30ml pagi
30ml malam
Kanak-kanak 1 tahun ke atas : 30ml ambil sekali sehari