Thursday, 29 October 2015

ANGAN PANDANG REMEH MASALAH SEMBELIT | TIPS SIHAT UNTUK ATASI SEMBELIT APA ITU SEMBELIT?


JANGAN PANDANG REMEH MASALAH SEMBELIT | TIPS SIHAT UNTUK ATASI SEMBELIT

APA ITU SEMBELIT?

Sembelit adalah keadaan di mana kita sukar membuang air besar kerana kekerapan membuang air besar menjadi kurang. BIasanya kita akan sembelit bila tidak membuang selama 2 hari atau buang air besar kurang dari 3 kali seminggu.Kesannya, najis menjadi keras atau berketul menjadikan kita sukar untuk membuang air besar. Keadaan ini menyebabkan mereka perlu meneran untuk mengeluarkan najis tersebut. Siapa yang pernah kena sembelit ni tau la macam mana kan? Mau "bercinta" kat bilik semata-mata nak melepaskan sisa buangan tu.

Seseorang yang mengidap sembelit akan merasa tidak puas buang air besar, perut menjadi buncit atau sering sakit perut. Sering kena sembelit boleh memberikan kesan yang kepada tubuh kita. 

Antaranya simpton atau kesannya seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan. Malah pada masa yang sama, badan menjadi lesu yang kronik, hilang selera makan, artritis, sakit kepala, malas, mengantuk dan pelbagai kesan lain pada tubuh kita yang secara tidak langsung menjejaskan keadaan kesihatan tubuh.



SIAPA YANG SERING KENA SEMBELIT?

Sembelit boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Dari kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas. Malah sembelit jugak cukup sinonim dengan ibu-ibu mengandung atau ibu yang sedang berpantang. Hal ini cukup menyeksakan kerana Nana sendiri pernah kena sembelit semasa melahirkan anak pertama. Memang seksa tau!




KENALI PUNCA SEMBELIT


Sembelit adalah berpunca dari diri kita sendiri kerana sering mengabaikan isyarat untuk membuang air besar. Kita kadangkala mengambil sikap menahan diri untuk ke bilik air kerana ingin menyiapkan kerja atau terlalu sibuk. Lama kelamaan keadaa ini akan menjadi kebiasaan yang menjadi faktor utama kita tidak membuang air besar beberapa hari.Kurang minum air kosong yang mencukupi dan makanan serat juga menjadi punca kepada sembelit. Kita semua tahu, badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari air kosong yang wajib kita minum. Atau mengikut berat badan masing-masing di mana setiap berat 20kg memerlukan 1 liter air. bermakna kalo berat kita 60kg, kita perlu minum air kosong sebanyak 3 liter sehari.Selain itu, perokok tegar atau mereka yang mengalami tekanan emosi jugak mudah mengalami masalah sembelit. Jadi, berhenti la merokok. Lagipon merokok memang tidak elok malah membahayakan kesihatan. Hehehe.Faktor lain yang menyebabkan sembelit adalah pengambilan ubat-ubatan moden atau herba tertentu. Jadi, kita kena sesuaikan badan kita dengan pengambilan ubat-ubatan ini atau herba supaya tidak sembelit.


KESAN SEMBELIT

Kekerapan sembelit menyebabkan badan kita SUKAR untuk nyahkan toksin dari badan. Keadaan ini akan menyebabkan badan tidak menyerap dengan baik segala nutrien atau khasiat dari pengambilan makanan seharian.Toksin dalam aliran darah pulak akan membebankan organ hati dan menganggu proses detoksifikasi. Tu dia, istilahnya. Dalam bahasa yang mudah difahami, detoks ni ibarat kita mengeluarkan toksin dalam badan.Najis yang mengeras akibat sembelit akan melekat di dinding usus besar dan menyebabkan ia tersumbat. Keadaan ini lagi parah kerana ia boleh menyebabkan kanser kolon atau kanser usus.


CARA ATASI SEMBELIT


Sembelit dapat di atasi dengan cara mengamalkan gaya pemakanan sihat dengan makan lebih buah-buahan dan makanan berserat tinggi. Selain itu, minum air kosong yang mencukup jugak salah satu cara untuk mengelakkan sembelit.Walau bagaimanapon, kita mungkin tidak mampu untuk makan buah-buahan atau makanan berserat setiap hari akibat kekangan masa. Di sinilah pengambilan supplement atau makanan tambahan memainkan peranan penting.PATI ALOE VERA GEL boleh dijadikan alternatif untuk mengatasi masalah sembelit. Pengambilan gel aloe vera jugak membantu meningkatkan tahap kesihatan kita. 
 

Hubungi Nora di 019 - 9581903untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment